LEMBAGA PELABUHAN KELANG  

 

 

 

 

PENGUMUMAN
1. Dimaklumkan bahawa kadar DGC ODD akan disemak semula berdasarkan prestasi Operator ODD yang diukur menggunakan sistem “scorecard”, dimana merangkumi aspek-aspek seperti tahap perkhidmatan, peralatan, penggunaan CargoMove booking system, tenaga kerja, keselamatan dan sebagainya.
2. Pemarkahan ke atas semua ODD akan diberikan berdasarkan penemuan audit yang dilaksanakan oleh LPK. Bagi ketidakpatuhan seperti washing on trailer, membaiki kontena semasa pick-up dan futile trip disebabkan tiada unit selepas tiba di ODD, markah akan ditolak sebagai penalti.
3. Tiga (3) kategori pemarkahan dan kadar DGC yang telah ditetapkan seperti berikut:
 

Kategori

Markah

Kadar DGC

A

≥ 85%

RM40.00

B

≥ 80% dan < 85%

RM35.00

C

< 80%

RM30.00

4. Kadar DGC yang baru ini akan berkuatkuasa mulai 15 Mac 2023. Walau bagaimanapun, audit akan dijalankan sekiranya terdapat aduan dari pihak industri melalui sistem e-feedback  Lembaga Pelabuhan Kelang (https://pkapp.pka.gov.my/feedback/ui/index.php).
5. Pihak ODD akan diberikan masa maksimum selama tiga (3) bulan dari tarikh audit dijalankan bagi mengambil tindakan pembetulan serta penambahbaikan. Kegagalan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya akan menyebabkan kadar DGC disemak semula bagi ODD berkaitan.

 

Copyright @ PKA IT 2012
Lembaga Pelabuhan Kelang