TERMA & SYARAT-SYARAT PELESENAN | LICENCING TERMS & CONDITIONS
Depoh Kontena Kosong | Empty Container Depots
   
1. Lesen yang diluluskan adalah tertakluk kepada semua syarat-syarat dan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Lembaga Pelabuhan Kelang. | Approved licences are subject to all terms and conditions that are imposed by Port Klang Authority.
2. Sekiranya Depoh Kontena Kosong berpindah ke lokasi baru, maka Operator Depoh tersebut perlu memaklumkan kepada Lembaga Pelabuhan Kelang dan megemaskini pelesenan bersama-sama dengan Pelan Susun-Atur Depoh serta Lesen Perniagaan MPK yang baru. | Depots that are relocating are required to notify the relocation to Port Klang Authority and update the licencing together with the new Depot Layout Plan and MPK Business Licence.
3. Sekiranya Depoh Kontena Kosong telah tamat beroperasi, maka operator Depoh tersebut perlu memaklumkan secara rasmi kepada Lembaga Pelabuhan Kelang. | Depots that have ceased operations are required to officially notify Port Klang Authority on the closing down of depots.
4. Operator Depoh Kontena Kosong perlu memuat naik salinan Lesen Perniagaan terkini yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK) ke dalam Sistem Port Klang Net selewat-lewatnya pada 31hb Januari setiap tahun. | Depot Operators are required to upload the latest copy of Business License issued by the Klang Municipal Council (MPK) into the Port Klang Net System no later than 31st January every year.
5. Kod Depoh dan Lesen yang telah diberikan tidak boleh dipindah milik atau digunakan oleh pihak lain. | Depot Codes and Licence that have been issued cannot be transferred or used by a different party.
6. Lembaga Pelabuhan Kelang berhak, sebagai tambahan kepada syarat-syarat di atas, meminda atau menambah atau mengenakan apa-apa syarat lain yang difikirkan perlu. | Port Klang Authority has the right to add on, amend or impose any other terms and conditions when deemed necessary.
7. Sebarang pertukaran atau perubahan ke atas maklumat yang didaftarkan perlu dikemas kini dengan kadar segera dan disertakan dokumen sokongan yang berkaitan. | Any changes and amendments to the registered information has to be updated with immediate effect and all supporting documents are to be included.
8. Lesen operasi yang telah diluluskan boleh dibatalkan oleh Lembaga Pelabuhan Kelang jika syarikat yang telah didaftarkan melanggar mana-mana akta, undangundang kecil, pekeliling, notis, prosedur operasi standard (SOP), peraturan ataupun syarat pelesenan yang telah ditetapkan. | Operating licence can be terminated by Port Klang Authority if the registered companies violate any acts by-law, circular, notice, standard operating procedures (SOP), licencing terms or condition in force.
     
Copyright @ PKA IT 2012
Lembaga Pelabuhan Kelang